Lunar Eclipse
August 28, 2007 at 10:22 pm


.

i wish i have a better camera (ceh tak reti bersyukur)



excerpts from my brain
August 27, 2007 at 8:24 pm

Abstaining from coffee doesn’t help. I guess tomorrow I can start minum coffee balik.. haha.. apekah konklusi ini?
Headache!.. and now I’m going to sleep.

It’s lunar eclipse tomorrow! full moon eclipse.. I’m gonna observe it.. InsyaAllah..8.30 pm, melbourne time.. lebei kurang la. 6.51 pm starts.. 8.37 mid eclipse.. and 10.24 ends.. hmmm.. menarik!

Full moon.. you know what that means? it’s 15th syaaban already.
Ramadhan is waving…

First time ramadhan di negara orang.. dengar dari senior cam best je..

this thursday I got 25% test for philosophy..
then next monday Applied math test (15%)
then the week after that, for physics pulak (again).

All the best..

menunggu hikmah… hikmah… hikmah..
fassobrun jameel..

okay, now I’m going to sleep.. really.



Tadi
August 22, 2007 at 7:53 pm

Right after maghrib jemaah, we couldn’t help but being mesmerized by the colour of sunset!


Us… from the 8th floor..

I just love the sceneries here :)
one of the few things I appreciate about this apartment.

Ape-apepun.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah


SubhanAllah!



Buat kawan-kawan
August 21, 2007 at 6:47 am

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Dah lama tak bersuara di mailing group ni.
Alhamdulillah, ana rasa bersyukur sangat-sangat. (”Oh Allah! How can we praise You enough..when praising You is a bless worth praising…?”). Banyak cabaran, ujian, kutukan, kekeliruan, dan segala macam halangan yang ana lalui kat sini. Sering kali bila diri dalam keadaan lemah, membuatkan diri bertanyakan kembali “betul ke ape yg aku buat ni…kenapa aku harus berdepan dengan semua ini?”. Tapi, seriously.. bila jiwa kita benar-benar nakkan sesuatu.. bila kita benar-benar ikhlas mahukan kebenaran, He’ll guide us. He will show the way. Syaratnya.. kena yakin dengan DIA… taqwa.. “waman yattakillah yaja’llahu makhraja..”

dan ana teringat satu ayat ni…

“Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, Kami akan memberikan kepadamu Furqaan. Dan kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.” (Al-Anfal:29)

furqaan disini ditafsirkan sbg kemampuan membezakan antara yang hak dan yang batil (dlm pelbagai tafsir dan terjemahan al-quran.. boleh cek sendri)

Ana tahu.. dlm usia kita sekarang ni.. ape org kate, remaja? young adult? jiwa kita berapi-api… macam-macam kekeliruan yang kita jumpa.. tak terbatas dlm konteks yang besar seperti politik dan sebagainya.. tetapi juga benda-benda kecil yang kita rasa remeh… dan kadang-kadang ragu-ragu utk biarkan diri kita memikirkan ttg itu.. lama kelamaan, kekeliruan itu stays.. dan kita sampai tak perasan ianya affect us the rest of our journey… masalah hati… our heart is so vulnerable.. selesaikannya.. selesaikannya… dan minta pada-Nya petunjuk.. teringat doa mase akhir al-ma’thurat ” Ya Allah.. jgn biarkan kami menentukan nasib kami sendiri.. walau pun kadar sekelip mata.. atau kadar yang lebih cepat dari itu”

ana rasa nak cerita macam-macam kat sini tapi kalau panjang sangat, org tend to feel malas nak bace (i wud feel the same!). Ni je la dulu stakat ni.. ekceli just nak tulis something before pegi kelas kol 9 pg nnt… nak share sthg yang ana rasa sendri dan hadapi sendri.. muhasabah diri ana yang sering juga lupa… hati kita-kita ni kan amat senang berbolak-balik.. lebih lagi dari air yang menggelegak mendidih..

okla kawan-kawan.. last note: rasailah kehadiran Allah disisi sentiasa… dan malaikat di kiri dan kanan yang setia…

Salam Mujahadah!



Surat atuk..
August 19, 2007 at 7:19 am

First time mama bagi email. Hehe.. rupenye mama forwardkan email from my auntie… She found a letter! from our beloved Atuk Yek… Yek is ayah in bugis (if I’m not mistaken.. huhu… saye bugis pade name je! huhu… eh name pun tak bugis..name saye name org melayu klasik! haha)

He died when I was in standard 3, kot. Bila baca surat ni, rase kesal… I never knew I had such a ‘mantap’ atok… and rase best jugak.. and bila baca surat ni… perasanla kot atuk nasihat kat saye jugak.. bolehla.. bagila cucu dia sorang ni perasan jap… sebab cam kena je ngan masa…terase sgt… (cucu atuk skrg ade berape ek? 60 lebei ek? ke dah lebei 70? huhu… I lost counts.. ramainye kaum kerabat .. wa rindunye kat family!)

memori aku dan atuk yek? hmm… sy hanya ingat ktorang sepupu-sepapat main tanah kat luar pastu kene marah dengan beliau.. suruh masuk umah… huhu… tu je………

dan… masih segar lagi diingatan wajah atuk yg macam tersenyum tenang.. mase cium atuk buat kali terakhir sebelum diangkat untuk dikebumikan…

anyway.. here goes.. first part ialah comment from my auntie.

——

Semalam pagi, Selasa 14 Aug 2007, badan terasa ringan, Sakit pun agak kurang.

Akak bangun dan bergerak gerak sambil mengemas fail fail lama. Tiba tiba ternampak 4 keping kertas nipis bersaiz A4 yang telah kuning bercampur cokelat warnanya.

Ohmmmmssss, rupanya ia merupakan surat ditulis tangan dalam tulisan jawi khat ‘Req’ah’ yang amat payah untuk dibaca. Beberapa bahagian dari surat itu telah DIMAKAN ANAI ANAI. Surat itu bertarikh 3/3/1962! Bayangkan usia surat itu telah mencapai 45 tahun. Namun isi kandungannya masih utuh untuk dibaca (readable).

By looking at the writing I know the letter is written by our beloved almarhum yek @ayahnda.

Akak terus baca dengan rasa ingin tahu bercampur rindu. Belum pun habis satu paragraf membacanya air mata telah berderai. Namun akak terus membaca surat itu dengan rakus dalam sendu dan sedan yang semakin galak dan menjadi jadi. Tidak dapat dikawal. Kerinduan, kesedihan, nostalgia mengasak asak dada. Kepiluan akak Tidak dapat ditahan tahan. Ohhhhh…rindunya. Ohh ayahnda betapa BENAR apa yang dikata. Betapa benar nasihat mu, ohhhh..hu hu hummmm….

Dalam deraian airmata, apabila membaca dalam sendu itu seolah olah akak terbayang wajah yek sedang bersyarah di depan mata. Akak ternampak-nampak yek sedang bicara depan kita semua!!!! Hilang maluku walaupun akak tahu surat itu bukan untuk ku tetapi adalah ‘draft’ surat untuk kedua abang kita di Makassar. Akak tidak tahu samada surat itu dipos kan atau pun tidak.

Akak katakan ia ‘draft’, kerana surat itu banyak tanda cross dan salah eja serta tidak berapa tersusun seperti selalu. Setahu akak dulu dulu bila yek nak hantar surat kepada kedua abang kita, yek akan tulis dalam khat mudah dibaca - apa tu khat ‘Nasakh’.

Sebaik sahaja akak habis membacanya, akak terus telefon mak di kampung. Kami berkongsi sendu. Kami berdua menangis tersedu sedu over the phone. Emak lagi emosional dengan Nostalgianya. Pohhhh …kau hantar kan kepada semua adik adikmu agar mereka semua dapat mengimbau kembali nasihat nasihat yek……Itulah pusaka yek. Wariskan lah dan simpanlah.

Hari ini, akak suruh Syamil menaip surat itu sambil akak berbaring membacakan isi surat yek itu. NONE of my anak-anak dapat membaca tulisan atuk yeknya dalam khat ‘req’ah’ yang classic ini. Akak belum boleh duduk lama menaip pada skrin komputer, maka Syamil lah yang menaipnya. Nasib baik dia masih di rumah…….

Selamat membaca, melepas rindu terhadap Almarhum ayahnda tercinta, mengambil iktibar dan sedekahkan fatihah buat beliau.

BTW yang di dot dot…… itu adalah perkataan yang hilang kerana dimakan anai-anai….

Simpan elok-elok surat ini kerana sudah jadi ARKIB!

Wassalam

Akak

——

Surat Almarhum ayahnda tercinta kepada Abang Rashidi dan Abang Yafie di Makassar, Indonesia.

Sg Pulai, Muar, Johor.

26 Ramadhan 1381H

3 Mac 1962

Assalamualaikum war wab,

Anakanda-anakanda yang kusayangi dan kukasihi,

Lamakkasauk @ Mohd Rashidi Mohd Tahir dan Mohd Yafie Mohd Tahir.

Semoga yang Maha Kuasa Allah S.W.T memberi petunjuk hidayah, melimpahkan rahmat kurnia kepada anakanda, semoga yang Maha Pemurah Maha Pengasihani melindungi anakanda di dunia dan diakhirat.

Anakanda yang dicintai, dengan segala kecintaan, ayahanda maklumkan kepada anakanda, bahawa surat anakanda yang tertanggal Februari 1962 (sampul surat 19.2.62) telah selamat ayahanda terima. Segala yang tersurat dan tersirat semuanya telah ayahanda fahamkan. Sepanjang ingatan ayahanda bahawa telah tiga kalilah ayahanda terima surat dari anakanda. Baharulah kali ini ayahanda dapat menjawabnya. Ayahanda tidak menjawab beberapa surat anakanda yang telah lalu itu bukan kerana ayahanda tidak sudi dan bukan kerana tidak ingat kepada anakanda. Tetapi ayahanda sedang memikirkan dua perkara yang salah satu daripadanya ayahanda harus menentukan sikap untuk memilih dua perkara itu ialah : mana lebih baik anakanda pergi ke Johor untuk menemui ayahanda atau ayahanda pergi ke tanah bugis untuk menemui anakanda dan keluarga kita semuanya di sana. Fikir punya fikir, timbang punya timbang akhirnya ayahanda mendapat kesimpulan bahawa lebih baik ayahanda pergi ke tanah bugis untuk menjumpai anakanda dan keluarga kita semua.

Anakanda yang kukasihi, baru saja tiga hari ayahanda mengambil keputusan dan ketegasan itu, tiba-tiba surat anakanda yang baharu itu datang menemui ayahanda. Alhamdulillah syukurlah kita kepada Allah yang Maha Pemurah dan Pengasih semoga dia mengumpulkan kita dengan secepat mungkin di dalam suasan riang gembira penuh sukacita dan rahmat di bawah lindungan Tuhan.

Ayahanda pada masa ini sudah tetap berdoa ke hadrat Ilahi yang tidak pernah menolak permohonan ayahanda semoga Dia memperkenankan permohonan ayahanda ini. Semoga Dia memudahkan ayahanda pergi ke tanah bugis menemui anakanda dan keluarga kita semua pada akhir tahun 1962 ini. Berdoalah wahai anakanda setiap saat kepada Tuhan kita mudah-mudahan diperkenan permohonan kita bersama. Sekarang ayahandamu telah berazam dan bertawakkal kepada Tuhan untuk datang menemui anakanda di tanah bugis. Ayahanda pada masa ini sedang berikhtiar dengan kesungguhan menyediakan segala keperluan dan bekalan perjalanan ke tanah bugis. Berdoalah wahai anakku ke hadrat yang Maha Pengasih dan Penyayang semoga Dia melimpahkan rahmat kurnia-Nya dan berkat perlindungan- Nya kepada ayahanda dengannya ayahanda dapat secepat mungkin menyiapkan segala apa yang diperlukan di dalam perjalanan nanti. Amin.

Alangkah terharu dan sedih hati ayahanda mengenangkan nasib anakanda ditimpa penyakit itu. Ayahanda doakan ke hadrat Ilahi semoga Dia menyembuhkan penyakit anakanda itu dengan segera. Wahai sekiranya ayahanda ada sayap nescaya ayahanda terbang melihat anakanda pada saat ini juga tetapi apakan daya hajat hendak memeluk gunung tangan tak sampai.

Walaupun demikian ayahanda yakin bahawa Tuhan akan menyembuhkan anakanda dengan segera. Amin ya rabbal alamin. Ayahanda yakin bahawa anakanda dapat bersabar menerima ujian Tuhan itu. Yakinlah anakanda bahawa semua penderitaan yang kita alami selama ini semuanya itu adalah merupakan pendidikan daripada Ar-Rahman Ar-Rahim kepada kita. Semuanya itu mengandungi hikmat yang pasti berguna kepada kita walaupun kita belum dapat memahaminya pada saat ini. Firman Allah yang tujuannya ‘boleh jadi kamu membenci satu perkara sedangkan ia lebih baik bagi, dan boleh jadi kamu menyukai satu hal walhal dianya lebih buruk untuk kamu’.

Percayalah wahai anakku semua itu untuk kebahagiaan kita dunia dan akhirat. Sebab Tuhan kita tidak pernah mengecewakan hamba-hamba yang taat setia kepada-Nya. Hanyalah semuanya itu sebagai ujian semata-mata yang di belakang ujian yang pahit itu tersembunyilah hikmat yang bahagia yang kita belum memahaminya. Yakinlah anakku bahawa semuanya itu untuk membersih sucikan kita dari segala kekotoran dosa yang selama ini mengongkong rohani kita. Sesudah kita nanti bersih suci dari dosa pada saat itulah tuhan bertanya kepada kita : kamu hendak apa sekarang ?, pada saat itulah segala harapan kita, segala tujuan kita, segala cita-cita kita diperkenankan dan diperkabulkan- Nya. Semuanya itu adalah pasti. Jangan bimbang. Jangan ragu-ragu. Jangan putus asa sebab tidak ada orang yang putus asa kecuali orang yang sesat.

Semenjak 16 tahun yang lampau sesaat pun ayahanda tidak pernah merasa putus asa untuk berkumpul dengan anakanda dua beradik beserta dengan ibumu dan keluarga kita. Ayahanda yakin tuhan yang Maha Pengasih akan mempertemukan kita pada saat yang Dia telah tentukan menurut kudrat dan iradat-Nya. Dan ayahanda yakin bahawasanya pertemuan itu telah hampir. Sama-samalah kita memohon limpah rahmat kurnia-Nya setiap masa dan ketika. Yakinlah anakanda bahawa ayahanda tidak akan melupakan anakanda dua beradik bersama dengan ibumu.

Ayahanda sekarang sibuk sangat dengan pelbagai urusan untuk kepentingan Islam dan umatnya di tanah melayu ini. Ayahanda sebagai imam dan sebagai guru, sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, merangkap Ketua Dewan Ulama’ PAS Negeri Johor. Ayahanda telah berjuang dalam parti itu selama 8 tahun kerana mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah semata-mata. Ayahanda melaksanakan perjuangan Islam yang berat itu tetapi mulia kerana tujuan hidup ayahanda di mana sahaja berada ialah : mengikuti jejak langkah perjuangan nabi besar pimpinan agung kita Muhammad S.A.W sebab di situlah letaknya kebahagiaan setiap org beriman kepada Allah.

Sesungguhnya ayahanda belum terhitung sebagai ulama’ tetapi dengan iman dan ilmu yang telah dikurniakan Tuhan kepada ayahanda, ayahanda berniat, berharap, berazam untuk menjadi waris segala nabi-nabi dan rasul-rasul Tuhan. Ayahanda yakin bahawa Tuhan akan mengabulkan harapan dan niat suci ayahanda itu. Tujuan hidup ayahanda bukan kemewahan hidup dunia tetapi ialah ……….hamba Allah yang…….. …..yang betaqwa yang menyerahkan seluruh kegiatan hidupnya untuk ………… ……… … di segala segi dan jurusannya. Ayahanda mengharap ………… ……… ……… ……… ……… ……… ……… ……… ….. hidup yang begitulah yang paling berjaya ………… …..

Demikianlah falsafah hidup ayahanda. Demikianlah tujuan hidup ayahanda semenjak ayahanda mengenal Iman dan Islam. Di dalam keyakinan itulah ayahanda dahulu sekarang dan akan datang insyaAllah akan berjuang, akan hidup, akan berjaya, akan mati. Di dalam itulah kebahagiaan ayahanda. Di situlah ayahanda akan hidup, akan mati dan menemui Tuhan. Alaiha nahya wa alaiha namutu wa alaiha nub’athu insya Allah minal aminin. Ayahanda yakin dan percaya bahawa di situlah letaknya kejayaan, kemuliaan, kesejahteraan, dan kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat. Kerana demikianlah janji Tuhan yang tidak pernah bohong dan ayahanda telah berulangkali menyaksikan kebenaran dan buktinya.

Bersama dengan ini ayahanda kembarkan salinan surat yang ayahanda kirimkan kepada Yang Mulia Andikmarga Kepala Daerah Wajok untuk anakanda bawakan kepada beliau apabila anakanda berkesempatan menemui beliau di Sengkang agar beliau sudi dengan ikhlas hatinya menolong membuatkan ayahanda satu surat jaminan yang dengannya ayahanda menjadi mudah dapat pass jalan daripada kounsil indonesia yang berada di tanah melayu ini. Diharap anakanda dapat menyampaikan salam ayahanda kepada kepala daerah itu bilamana anakanda berjumpa dengan beliau.

Lebih penting daripada itu semua ; wahai anakanda yang dikasihi, ialah serahkanlah seluruh hidupmu kepada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Kepada-Nyalah engkau serahkan segala kegiatan hidupmu. Kepada-Nya engkau memohon limpah kurnia rahmat-Nya, dan kepada-Nyalah engkau memohon keampunan dan keredhaan-Nya, dan daripada-Nyalah engkau meminta hidayat dan taufiq-Nya dan daripada-Nyalah engkau mengharap pertolongan dan perlindungan- Nya. Bertaqwa dan bertawakkallah kepada-Nya di mana engkau berada. Penuhilah masamu dengan mengingat kebesaran-Nya. Sebab Dialah pengurus dan sebaik-baik Penolong dan Pelindung. Kalau Dia menolong engkau, tiada lagi yang dapat mengecewakan engkau, sebaliknya kalau Dia mengecewakan engkau tiada lagi yang dapat menolong engkau. Taat setialah engkau menunaikan segala perintah Allah, jauhilah segala larangan-Nya kerana mengharap keampunan dan keredhaan-Nya sebab di situlah letaknya segala kebahagiaan dan kejayaan engkau wahai anakku.

Bacalah kitab Al-Quran berulangkali jangan jemu-jemu. Fahamkanlah benar-benar segala kandungan-Nya dan diresapkanlah di dalam hati nuranimu segala hidayah dan petunjuk-Nya. Bacalah berulangkali jangan jemu-jemu sejarah para anbiya’ terutama sejarah junjungan kita nabi Muhammad S.A.W sebab itulah pusaka hikmat kita yang tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas. Di situlah terletaknya kunci kekayaan langit dan bumi dan di situlah mengalirnya rahmat kurnia, bahagia sejahtera, dan kejayaan, kemenangan dunia akhirat, itulah senjata sakti kita, itulah nur hidayat rahmat bahagia dari Allah Taala Ar-Rahman Ar-Rahim yang Maha Agung yang Maha Kaya, Yang Maha Bijaksana, yang mempunyai segala kesempurnaan.

Anak-anakku yang dikasihi, ayahanda telah memaafkan segala kesalahan anakanda kalau ada. Ayahanda menyedari yang anakanda tidak mempunyai kesalahan kepada ayahanda. Berdoa sajalah ke hadrat Ilahi supaya kita dapat berjumpa kembali dengan secepat mungkin setelah sekian lamanya kita berpisah. Semoga Allah menolong dan melindungi kita semua. Salamku kepada engkau kepada ibumu dan kepada semua keluarga kita. Ayahanda mengharap ………… ……..

***** Tambahan**** *

Hiduplah anakanda sebagai muslim mukmin hakiki yang sejati. Hiduplah anakanda sebagai pemuda Islam yang berjiwa Islam yang penuh jiwanya dan tauhidnya kepada Tuhan yang berjiwa Islam, yang penuh hatinya dengan Iman yang sejati.

Hiduplah bersifat sebagai pemuda ansarullah, yang penuh di dadanya dengan keyakinan islamiah. Hiduplah anakanda sebagai pemuda yang beriman, yang sanggup menundukkan segala kecenderungan hidupnya di bawah pimpinan imannya, hiduplah sebagai pemuda yang sanggup membentuk dirinya dan keluarganya, masyarakatnya, dan negaranya, dengan bentukan Quran dan Hadith.

Hiduplah sebagai pemuda islam yang berani, gagah perkasa, ikhlas, sabar, pada menunaikan segala amanah yang telah diamanahkan Tuhan kepadanya. Ayahanda ingin melihat anakanda sebagai pemuda islam yang jujur, yang suci, bersih, dan berbakti kepada Allah. Ayahanda ingin melihat anakanda sebagai pemuda mukmin yang redha dan sanggup dan mampu mengikuti jejak langkah junjungan kita nabi besar kita Muhammad S.A.W. Ayahanda ingin melihat anakanda menjadi pemuda yang bertaqwa kepada Tuhan. Ingin ayahanda melihat anakanda menjadi pemuda yang perasaannya, semangatnya, sukmanya, hatinya, damirnya, jiwanya, fikirannya, hidupnya dengan kehidupan islamiah.

Tegasnya ingin ayahanda melihat sahsiah peribadimu terbentuk dengan bentukan Quran dan Hadith. Ingin ayahanda melihat peribadi nabi Yusuf, nabi Ibrahim, dan peribadi junjungan kita Muhammad S.A.W di dalam dirimu ingin ayahanda melihat peribadi menyerupai peribadi mereka alaihimusolatu wassalam. ………… ……… …. contohilah peribadi mereka kalaupun engkau tidak sama dengan mereka. Sebab sesungguhnya mencontohi mereka adalah kejayaan. Fibihudaahumuqtadih (Surah Yusuf).. ikutilah petunjuk mereka, tauladanilah mereka.

Anakku yang kukasihi ! Setiap saat aku berdoa ke hadrat Ilahi semoga engkau mampu sanggup membentuk peribadimu sedemikian rupa. Setelah engkau mempunyai peribadi sedemikian rupa, barulah Tuhan menghadapkan pertanyaan kepada engkau : Apakah yang engkau kehendaki ?.

Sanggupkah engkau wahai anakku ?

Mampukah engkau wahai buah jantung hatiku ?

Ayahanda yakin yang anakanda sanggup dengan izin Allah. Jangan putus asa. Berdoalah setiap saat semoga Tuhan memperkenankan cita-citamu yang mulia suci itu.

Begitulah hendaknya cita-citamu wahai anakku. Itulah yang dinamakan cita-cita yang paling tinggi, yang paling suci, yang paling mulia dan sempurna. Untuk mencapai itu, engkau mesti terlebih dahulu melengkapi diri dengan Iman (ibu segala ilmu, bapa segala hikmat, sumber segala makrifat). Latihlah dirimu sekarang juga. Sebab dunia menanti pemuda yang berperibadi sedemikian rupa. Dunia akan menyerahkan dirinya kepada pemuda yang sebegitu rupa ya Ilahii Rabbil Alamin jadikanlah anak-anakku sedemikian, Amin.

Sekianlah dahulu nasihat ayahanda kepada anakanda dan jawablah surat ini dengan segera.

——-

Terasa nak letak ni jugak…

al-baqarah:154



:)
August 18, 2007 at 6:28 pm

At the end of the day, all you feel is HIS love…
Alhamdulillah…



This week
August 17, 2007 at 9:13 pm

This week, I guess, is an emotional week… for me.
I realized how weak I am.

Headache never fully goes away.
Think too much?
…maybe just dehydrated. It’s so cold , everyday.. so I tend to forget to drink.

Memories of the past.
I couldn’t help but cringe everytime my mind replays the moments.
Guilt. Sins.
To them. To myself.

“La hawla wala quwatta illa biLlah..”

minggu yang terasa panjang … banyak lagi nak tulis.. tapi tak terungkap :p

Hari al-quds sedunia is in 4 days time…
Ramadhan is only a month away…

Everyone… I’m truly sorry.
Kalau ade rase tak puas hati ape-ape.. bg tau, pls.

I made mistakes. A lot of them.



A surprise
August 15, 2007 at 6:55 am

I think I did see it. A shooting star… or rather meteor shower.. but I only saw one bit of the shower… because the night wasn’t that clear.

It was amazing.

Malam itu.. dingin.. gelap… bintang bertaburan dilangit… tiba-tiba something crossed our eyesight..

“eh! ape tu?!”

“Did you see what I think I saw??”

Tehee…

Alhamdulillah… terkabul gak keinginan yang rasa macam takkan kesampaian.

Kalau tu bukan shooting star pun, bagi can la kat saye untuk perasan sikit, ok?

but, what else could that be? huhu


Gambar hiasan.. heh



Trial
August 10, 2007 at 9:54 pm

Last Thursday, we had a lecture on Aristotelian philosophy in Islamic and Christian thought.
The chronological story that the lecturer told us, made me depressed. Felt like crying. My mind couldn’t help but think “Why… why.. why..”

Secularism started then. When the traditional Greek philosophy became known as the pre-Islamic or foreign science. The story was long.. but people were asking questions like “Do you trust reason? or do you trust faith?” .. conflicts arised.. science and religion just couldn’t mix. Problems after problems came when they ‘tried’ to reconcile those 2.. they said, it just couldn’t be.

I just cannot accept how people are so egoistic. So self-centered. We are merely human being. Our mind is LIMITED. How can you base your reasons on your limited senses and what you can perceive of this world. Reason and faith come hand in hand. The power of our mind is limited, but at least it is capable to think that we are imperfect. That is why we need revelation to guide us. Because HE knows best.

All the conflicts that the philosophers gone through are proven to be so out of place. I’m not sure how to say this. But they were closed minded while being open-minded. Know what I mean? Whatever that they went through only proves that we are so limited. It’s good that they started to inquire about things and the phenomena around us. If not, we won’t be able to achieve this kind of technology (and students won’t have to struggle with so many theorems of maths and theories in physics, but that’s another story!). But this also shows that we can’t base our faith only through reason by our own mind. Again, our mind has the limit. Afala ta’kilun..

—-

I failed. To convey what I really think.

Yesterday something happened. Something happened that made me feel like quitting instantaneously.
I know I can’t write well. I know sometimes I only lead people to misunderstanding. Misinterpretation.
I’m sorry.
I’m sorry. But I cannot quit. I’m learning. I know I can’t express myself efficiently. But at least I have tried. I wanted to stop but sometimes I just need to write.

Just… don’t say I’m egoistic when you’re the one who actually are.. and don’t sesuka hati misinterpret my words… to serang me back.. I know I have many many weaknesses.. can you at least ponder back at yourself and reflect your own weaknesses pulak.. Don’t say things like you know me so well… you don’t. I wish you are reading this… I know you don’t.

(Ni takde kena mengena ngan any entries.. but somehow things jumbled up and rase cam terkait isu demi isu.. or maybe aku je perasan.. hish)

I hate it when I feel like this. And I owe so many people… not money, but ‘other things’. I’m so sorry. Sometimes I just don’t know how… tell me when you notice.. k?

Waa.. tak paham la mai…

—-

teringin nak tgk meteor shower..

http://www.universetoday.com/2007/08/09/aurigid-meteor-shower-september-1/#more-11590

tapi akan nampak ke dari sini?

—-

I have to stop consuming coffee la.. it triggers migraine.. huhu.
Die ade placebo effect utk stay awake time lecture.. tipu semua tu, Mai!..
(Sleepy betul mase lecture physics tadi.. slept throughout.. huhu… )
no more coffee… at least not between lectures.. kat umah terpaksela minum bile ade org buat :)
say no to headache!

—-

Rabbi syrahli sadri, wayassirli amri.. wahlul ukdatammillisani.. yafkahu kauli.. (20:25-28)



Afala ta’kilun…
August 9, 2007 at 6:03 pm

My conclusion for today’s philosophy lecture…. and what keeps on running in my mind from the start of the lecture..

elaboration later… InsyaAllah