Exam is an integral part of student life..
September 28, 2007 at 10:58 pm

Oh…
Exam timetable is out!


.
and my final essay for philosophy has to be submitted on 12 November (50%).

I didn’t expect my papers to end this early (14 Nov)

Makes me feel like changing my flight date.

I can’t wait to be home…I want to go back as early as possible

But I have the feeling that I want to stay longer before the looong break ;)

besides, there are lots to do before coming home!

we have to search for our house for next year. This apartment is bloody expensive. Even now it’s expensive, next year there’ll be like $150 increase! we have to move out by hook or by crook.

and, I have to shop for my brothers n sisters back home… haha.. wahai adek beradek ku.. nak souvenir, kirim-kirim lah duit ye.. mahal la barang2 kat sini…

(for my family>> tadi munah gi city, banyak lalu (dan masuk dan belek-belek barang) kedai kanak-kanak and kedai baju baby.. dah berangan nak belikan baju utk hanaa n mainan/buku for hayat n nuha… )

ala kulli hal, alhamdulillah :)



Sejuknye…
at 5:37 pm

Hari ni amat sejuk!
Angin amat kuat.
Tadi pegi city. Kene jalan banyak. Ade final AFL. Ramai orang pakai baju team pilihan masing-masing.
Tram banyak cancelled. Terpaksa jalan jauh.
Jalan jauh, jalan banyak.. angin kuat sentiasa… sejuuuuuk…

tadi tido lepas zuhur.. bangun menggigil-gigil!
macam winter…

tak bersedia untuk sejuk camni skrg.. mind belum set.

At least kalau winter, dah set mind akan sejuk, so don’t really mind and akan bersedia apa yang patut…



Tulips
September 26, 2007 at 7:02 am

Nothing much to write. This is more like an update for my family, hence the informalness… (I tried to call home yesterday, but was unsuccessful.. will try again later today, InsyaAllah).
Yup, I’m on spring break, still.

Oh, we went to Tulip Farm on Monday! It was nice. Nice.. Nice…
I just realized I’m not really into flowers. I do like them. Do appreciate their beauty and mmg, subhanallah amat cantik all these flowers. But I prefer the mountains, the oceans, the beaches, the rivers… The sun, the stars and the moon especially… which reminds me, it’s a full moon tonight! Amat lawa… which also means, it’s halfway through Ramadhan… How’s your ‘health’? …
Me? not so good I guess… still am not satisfied with my prestasi.. kena usaha lebih lagi..

Banyak bermain ngan hati. Hmm.. hati kita amat senang bolak-balik kan.. penyakit-penyakit hati yang selalu nak infect kita… Oh, diri.. sedarlah… jagalah hatimu… Jaga hati! Jaga iman!



.

.

.

.

.

.

Jangan kita akhiri ramadhan dengan tangis penyesalan.. tapi akhiri ia dengan tangisan rindu…
Macam mana taknak menyesal? seize the moment! carpe diem!

Iman kita macam bunga pun ye jugak.. kembang dan kuncup.. dan sentiasa mencari-cari cahaya… tak sangka batang bunga yang delicate itu, yang mulanya dah terkulai lembik, teguh dan berdiri tegak balik bila dah dapat cahaya…. (Inna fi zalika la’ibratal liulil albaab..)

Limpahkan kami terus-menerus dengan NUR hidayah-Mu…


Tulips in pots that we bought… in our living room.



Change. Redefined.
September 21, 2007 at 10:00 am

Sedar tak sedar. Ha’ah. Aku dah rasa 4 musim di sini.
Sampai-sampai masa summer Februari lepas. Panasnye subhanallah! Lagi panas dari Malaysia. Matahari amat terik. Panas kering. Sepanas itu juga semangat aku. Azam aku. Baran aku… ye, aku baran masa tu. Tapi baran sorang-sorang.

Autumn datang macam nak bagi ‘exercise’ sebelum masuk winter. Cuaca mula menyejuk… heh.
Panas dalam diri pun mula subsided.

Winter ialah masa yang paling best. ‘Freedom’ from exams, then break for 5 weeks. Dan macam-macam yang berlaku. Dan aku suka masa tu. Rindu juga saat-saat itu. (Eceh, tersentimental lak). Tapi ayat yang paling kerap disebut tanpa bosan-bosan ialah “eh.. sejuk nye!!!”

And now it’s spring. Ramadhan lagi.. ya.. makin berbunga-bunga hati ku.. hehehe..
… Ya Allah.. suburkan lagi hatiku.. sirami ia dgn hidayah-Mu.. sentiasa.. sentiasa..

Dah 4 musim aku rasa kat sini.
Aku tak menyesal aku ke sini.
Walaupun bukan hanya benda best yang aku lalui. Banyak juga challenges. Bukan tak pernah rasa lemas. Bukan tak pernah rasa benci. Tapi segala apa yang berlaku,are the best thing that could ever happened. Dan ianya membentuk aku. Rencana Tuhan itu indah (^_^). Aku suka Melbourne. Really.

Tapi of course, no place like home. Tak sabo nye nak balik!

These are all my pictures file from the first day I’m here. These pictures captured moments. Unforgettable ones. But they can never captured the reality. Since most of the time, we ‘act’ for cameras.


.
Anyway, I have gone to many places here. Tengok saje list gambar dah tau. I’m travelling.
And my heart also is travelling with me. I learned a lot. I think I am more matured (in thinking, since my friends would disagree so much on this, I can predict). And I know myself more. I’ve gained more confidence. And realized how weak I was in the past. Well, I’m not saying I’m strong right now.. it’s just that I can sense I’ve changed… the way I respond to everything that happened around me…I’m building up strength..

Yes, I have changed.

And I’m glad.

Alhamdulillah… Alhamdulillah…

And I still want to change.. some more.. more and more.. to the better.




And then
September 20, 2007 at 8:31 am

Peek inside my room and you’ll find nothing that explains me. Really.

Because all these are not meant to be… shouldn’t feel belonged.

How I want a sanctuary. One that I can really personalized.

It’s there. Don’t worry. I know it’s there.

A sanctuary unlike any others. Beauty beyond what we imagine. Beyond what we can imagine.

Where all doubts break. Where all worries perish.

And then you’re flying.

It’s there, you know it’s there.



Looking forward
September 14, 2007 at 9:44 pm

Ramadhan yang mengasyikkan. Tak semua perkara yang berlaku menyenangkan hati kita. Tapi semua yang berlaku sepatutnya memberi kesan kepada diri kita. Alhamdulillah. Segala puji hanya untuk-Nya. Kerana Dia menganugerahkan kita dengan this capability! To be able to reflect. To be able to be in motion. Terpulang kepada diri kita balik sama ada mahu terkesan dengan apa yang berlaku. Echoing what I’ve said in some posts before, hidayah-Nya di mana-mana!
(celakalah mereka yang hari ini sama/lebih buruk dari semalam).. Change. Accepting change.

Ramadhan yang tenang. Cuaca dua hari ni sejuk. Not what I expected since winter is way over. Bagus in a way. Tak panas. Puasa tak terasa sangat. Tapi windy yang teramat. Boleh terbang. Serius!

Ramadhan yang penuh ujian. Ujian yang memang fungsinya menguji. Bila refleks balik. Hmm, terbukti aku amat lemah. Memujuk diri… bersyukurlah kau diberi ujian! biar kau sedar di mana diri.. mana kelemahan.. mana yang patut diperteguh. Memujuk diri… jangan sekali-kali mempersoalkan ujian. Persoalkan diri mu sendiri.

Actually takdela apa sangat ujian pun. Cuma banyak peristiwa-peristiwa yang buat aku terfikir dan berfikir. Menguji pendirian aku. Setakat mana aku teguh. Setakat mana aku yakin dengan apa yang selama ini aku cakap aku yakin. Setakat mana aku berani menyatakan apa yang aku sering katakan dalam hati. Setakat mana aku berani menyatakan kebenaran. Setakat mana aku teguh memegang kebenaran tu. Ibarat menggengam bara api... Setakat mana aku gerakkan anggotaku selari dengan gerakan hati dan kata-kataku..

Ramadhan yang penuh pengajaran.
Pagi tadi semasa baca berita pasal gempa, tak tahu kenapa aku boleh terkeluar air mata. Dengan description dalam berita tu.. yang menceritakan orang-orang lari bertempiaran, fobia, keluar bangunan, takut. Aku teringat balik berita-berita lama. Tsunami acheh. Teringat semua berita di tv, teringat video-video, teringat pakcik/makcik yang menceritakan pengalaman/keadaan di sana. Terbayang gambar-gambar, mayat-mayat bergelimpangan, di darat, di laut, di lopak-lopak air, beyond recognition.

Aku hanya fikir satu.. manusia dan dunia masing-masing… azab yang datang tanpa kita boleh predict! … takutkan mati….

Teringat masa aku tengok cerita ‘the day after tomorrow’ dulu. Tak tau la apa ada pada manusia yang berlari-lari meyelamatkan diri. Desperation. Buat aku sesak dada dan menangis. That scene. Sama seperti berita orang-orang yang bertempiaran lari dari umah masing-masing… desperation. Desperation. Masa tu semua hanya fikir nak selamatkan diri sendiri ja. Aku masih nak figure out… why that particular scene or news made me cry.

Desperation? Perlindungan? Kesedaran? Takutkan mati?….
sesak dada kerana mereka atau keadaan aku sendiri? kalau aku berada di tempat mereka…


Al-Mu’min ayat 18

—–

Hari ni, aku rasa best. Terasa best. Sebab doa macam cepat termakbul. Dan, rase best… sebab DIA.

Semalam aku hilangkan kunci kawan. (Boleh x? cuai abes). Aku tak ingat betul terhilang kat mane. Bila balik umah at the end of the day, baru perasan kunci hilang. Bahaye betul! kunci yang ada ’swipe card’ dan kunci umah siap number umah. Bahaye betul kalau ade orang niat jahat amek. Aku jadi takut dan risau. Lagi pulak kalau report kunci hilang, kene bayar at least $70! dah la aku tgh agak sengkek. Terdetik kat hati… agaknye sebab aku jarang sedekah ni.. duit habes kat benda-benda gini! pengajaran!

Pujuk gak diri, jangan risau. Jangan risau. Ni one of the ujian je. Hikmahnye, kene sabo! kene tenang! takde ape pun, kunci je! ni just ujian.. distraction dr khusyuk ibadah.. padahal tade ape pun semenanye!

So hari ni pagi tadi gi lecture carik-carik. Trace dari pagi semalam aku kelas apa.. doa je “Ya Allah, jumpe kan la.. Kau berkuasa atas segala sesuatu!” .. Kat lecture hall takde.. after lecture abes kol 10 tu.. pegi math building.. tute room semalam.. takde jugak.. jumpe org kat office die.. in case ade org bg kunci tu kat lost n found… takde jugak.. huhu.. pergi musolla… carik kat musolla… tak jumpa juga.. pastu gi lagi 2 lectures.. abes kol 1.. then solat jumaat… mase tu macam dah malas nak carik dah walaupun dalam minda tahu ade lagi satu tempat yang aku tak carik lagi.. semalam ade lab physics.. so kemungkinan kat lab pun ade jugak.. mase tu fikir kalau kat lab, harapan je la nak jumpa.. orang ramai masuk keluar lab.. takde orang yang really jaga tempat tu.. dahla students berganti2 shift banyak.. hati macam dah pasrah je.. huhu.. takpela.. terpakse la bayo duit $70 .. balik dari solat jumaat, macam nak balik terus je.. tapi tergerak nak gi jugak lab..

masuk lab, terus tuju meja semalam… tengok-tengok, kunci ade kat tengah-tengah meja tu… macam.. tak tau nak cakap ape.. I didn’t expect it was that easy! rasa cam nak sujud syukur kat situ gak.. tapi mase tu orang ramai tengah masuk lab nak start their session pulak.. mmg rase nak nanges la.. huhu.. (okay, by now mesti semua pun rasa i’m such a drama queen.. tolonglah, kunci jer..)

tapi, one thing… aku rasa sangat yang mmg Allah berkuasa ke atas segala sesuatu…
kadang-kadang kita lupa.. aku lupa.. kita tahu Allah pegang hati kita.. tapi kita selalu lupa yang Allah pegang hati manusia-manusia lain jugak… syukur sangat-sangat orang yang dok meja lab aku tu tak tergerak nak serah kunci tu kat pihak berkuasa ke, or worse curik kunci tu.. derang bleh biar je kat situ!

hmm.. Allah berkuasa ke atas segala sesuatu!… tak terkira bape kali diulang-ulang ayat ni dalam quran..
Dia berkuasa atas segala sesuatu… sekecil mana atau sebesar manapun..
jadi.. mintalah pertolongan dari-Nya! “Ud’uni.. astajib lakum”(40:60)..
and sabarlah kalau pertolongan tak dapat at the time we ask for.. sabar.. sabar.. ni pun banyak disebut..(2:45)

“aku dah sabo la ni! kalau aku tak sabo, dah lame aku buat ni .. or tu..” < -- ni bukan sabar mengikut neraca sebenar kita.. huhu.. teguran buat diri aku yang pernah gak cakap sedemikian.. selalu gak la dulu.. menjustify diri.. ces je rase.

pengajaran lain.. banyakkanlah bersedeqah :) sebelum rezki kita ditarik.. sebelum our money di-spend kat benda-benda yang kita tak redha pun sebenarnya... sucikan harta.. sucikan jiwa... after all.. semuanya milik-Nya.. maka, janganlah segan-segan nak sedekah, Mai!!!

----

Konklusi ramadhan hari kedua --> ‘Looking forward!’

(can have many meaning/interpretation there..)
—-

Spring break is here!



1 Ramadhan 1428
September 13, 2007 at 8:38 am



Ramadhan Kareem
September 12, 2007 at 5:36 pm

In an hour time, it’s Ramadhan!

Alhamdulillah.

After maghrib, we (my housemates and I) will go to uni for tawarikh at the musolla there.

Harap sangat ramadhan kali ni better than the last one.

Anyway, Selamat berpesta ibadah! Some hadiths from Riyadhus-solihin ..

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila bulan Ramadhan telah datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.” (Muttafaq ‘alaih)

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., katanya: “Shalat lima waktu dan dari Jum’ah satu ke Jum’ah berikutnya, dari Ramadhan ke Ramadhan, adalah sebagai penebus – yakni penebus dosa - antara waktu-waktu kesemuanya itu - yakni antara waktu yang satu dengan waktu yang berikutnya, selama dosa-dosa besar dijauhi.” (Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. ber-sabda: “Barangsiapa berdiri bersembahyang dalam bulan Ramadhan karena didorong keimanan dan keinginan memperoleh keridhaan Allah, maka diampunkanlah untuknya dosa-dosanya yang ter-dahulu.” (Muttafaq ‘alaih)



Notes
September 10, 2007 at 7:44 pm

Alhamdulillah.
Physics test just now was okay, I guess. Do-able. I only left 1 question because of time constraint. 20 minutes wasn’t enough. But then, give human 10 hours even, it’ll never be enough.Because ‘enough’ means we make no mistakes. Or even if me make mistakes, there’s still time to correct it. So, yeah. Not enough time. It wasn’t that easy though. But better than the 1st one although my revision was so last-minute. Even if I failed it, serves me right. I didn’t do justice to myself. Procrastinator.

Anyway, relief, that is.

Ramadhan is just 3 days away! Am I ready? Are you ready?
Jap..jap.. I want to dig out one entry from last year.. here goes.

I want to say exactly that (the entry) again.. so bacelah :) . Pretend like it was written recently okay.

Next week is spring break! 2 weeks of break. Alhamdulillah. I really need that.

Oh.. last note..
My sister has grown!! waa.. dah beso… jangalah beso cepat2 sangat hanaa’! Munah tak puas main ngan baby hanaa’ lagi.. huhu.



Al-Haq
September 9, 2007 at 10:15 am

Sesungguhnya dalam diri kita hanya ada dua.
Fitrah Islam dan nafsu (termasuk bisikan syaitan).
Hidup kita hanya ada dua. Hak dan bathil.
Akhir kita hanya ada dua. Syurga atau neraka.

Dan tuhan kita satu. Satu saja. Yang membawa kepada satu antara dua-dua diatas..

Dan kamu pun tahu tuhanmu bukan nafsu. Tuhan kamu dan aku ialah DIA yang memberi fitrah itu..

Al-Haq.

Allahumma anta al-haq.

—–

Lagi ingatan buat aku.. yang sering rasa keliru walau jawapan terbentang di depan mata.
Lawan nafsu itu. Mujahadah.

dan.. cukuplah bermain kata juga… itu juga nafsu.

stop disini.. kerana kau sedar ada tanggungjawab lain.

—–

mai ade 2nd test physics esok! taknak failed macam the 1st test! (kantoi)