Satu paper je lagi. Rabu ni untuk subject Mathematics B. Tapi aku ada satu essay kena siapkan sebelum Isnin. 2000 words. Itu untuk subject philosophy. Subject tu takde final exam. Assessment dia hanyalah essay tu dan 2 tests sebelum ni. Aku harus concentrate tulis essay tu. Aku ada 2 hari je lagi. Dahlah untuk Maths B aku tak study sangat sebab amat (amat ke?) concentrate on Physics dan Applied Math sebelum ni.
Tapi kenapa aku tak concentrate ni? Tangan gatal nak menaip…. tapi isi essay masih tunggang terbalik.. takde mood nak susun sekarang. Haaaih, aku tau aku akan nyesal jap agi. Sebab masa makin suntuk dan aku masih tangguh-tangguh…
Tapi hari ni aku rasa tak bertenaga… sakit tulang sana sini. Kepala berdenyut2!. Rasa macam nak tidur je . Mungkin effect coffee? Sekarang ni setiap pagi lepas subuh aku minum nescafe pekat untuk prevent rasa ngantuk. Dan almost setiap malam juga lepas isya aku minum kopi.. kononya nak stay up. Tapi jarang la stay up lebih dari kol 12. (Or tak pernah pun.. kecuali sehari je 12.30! heh).
I never like coffee. Kat umah di M’sia pun jarang ada coffee. Selalu nampak bila nenek datang je. While I was in uniten pun, amat jarang minum. Selalu juga heran dengan kawan-kawan yang setiap malam minum nescafe 3in1 tuh…
What happened?
Rasa tak bertenaga… reminds me that, energy, is never ours.. La hawla quwatta illa billah..
buatlah apa-apa pun.. kalau Dia tak izin, takkan dapat jalan pun our plan…
Um.. cakap pasal exam…
kalau kita bukan orang yang hadapi, bila orang kata exam susah, rase cam akan fail, kite akan slalu comfort kan orang tuh.. well, Allah akan bagi yang terbaik buat diri kita, be it H1 or fail, even…
tapi bila sendiri yang rasa.. mmg susah nak pujuk diri sebenarnya… kita tau dan digest akan hakikat everything’s decided and He will only give us what is best… tapi couldn’t help.. rasa takut.. takut nak menghadapi ujian failure tu… Akan kuatkah aku terima ujian like this? takut.. takut.. takut. Bukan takleh terima hakikat kalau benda tu betul2 berlaku.. takut diri aku … reaction diri terhadap ujian itu… takut.
HAVE FAITH. Rahmat-Nya membatasi logik akal.. HAVE FAITH…
HAVING FAITH IS A BLESSING. Alhamdulillah ala kulli hal…
Sudah sampai masanya aku jadi independent. Whatever that means.
Sudah sampai masanya aku keluar dari comfort zone. Whatever that means.
Sudah sampai masanya aku punya pendirian teguh. Teguh. Teguh.
Allahumma inni asaluka yakinan sadiqa…
Jelas dengan neraca langit itu…
—-
Tak betah duduk diam bila teringat akan balik Malaysia nanti.
Dah rindu dengan sekolah. Nanti nak pergi sekolah. Nak jumpa ustaz-ustazah.. nak jumpa adik-adik.. (maybe tu next year la boleh jumpa budak2 kot..) .. kalau ada kesempatan, nak jugak tolong in their tuition or even at school times..
Nak join KRJ’s activities. Amat rindu jadi faci.. buat program.. aktiviti lasak! Kalau tak KRJ pun, aktiviti sekolah ke.. hmm.. ade ke nanti..
Nak tolong mama bawa usrah bebudak STF..
Nak jumpa my friends!
Tak sabar nak berkongsi cerita.. nak kongsi apa yang aku rasa.. dengan kawan-kawan.. dengan adik-adik.. nak ingatkan derang, they have something sooooo precious that others tak ada.. pendidikan di HIDAYAH adalah satu tarbiyah yang amat amat amat amat amat precious … kalau tak sedar tu, takkan dapat nak ambil the pearls tu.. boleh jadi tak sedar hakikat tu, atau separa sedar (macam aku dulu… I took it for granted). .. dan harap sangat derang tak rosakkan peluang mendapat hidayah ALLAH tu.
We all have our vision and mission.
Perjalanan masing-masing unik.
Satu benda aku baca beberapa hari lalu… “WE ALL MAKE MISTAKES, SHARE THEM!” .. share bukan nak memalukan diri sendiri.. sebab people bound to repeat mistakes kan? so.. share our mistakes, so that others do not repeat them..
Dan banyak perkara yang dah berlaku sepanjang aku terlepas ke dunia luar (sejak ‘graduate’ dari SMIH) dan aku terfikir, how I want someone tell me all these before… warn me.. guide me through..
Aku harap kita semua mendapat kekuatan untuk sama-sama berkongsi ..
Terutamanya aku… sebab aku sedar, aku juga banyak mendiamkan diri….
sepanjang tahun ni aku banyak mendiamkan diri… dengan semua pihak la kot. Sebab aku sedang cuba memahami…. (dan masih dalam process memahami).. aku tak nafikan aku risau untuk menyatakan sesuatu, sebab takut aku tak cukup faham dengan situasi tertentu, akan menimbulkan fitnah… akan timbulkan kekeliruan.. akan membangkitkan preassumption..
Aku amat bersyukur, Allah bagi aku jumpa pelbagai jenis orang dan pelbagai jenis pendapat orang..
dan buat aku lebih banyak berfikir dan menganalisa.. buat aku sedar akan prioriti, buat aku benar-benar mahu belajar, bukan sebab terpaksa… meningkatkan rasa curiousity.. untuk memahami dan meleraikan kekeliruan, yang aku pasti, bukan aku saja yang rasa… dan membuatkan aku benar-benar mahu berpegang teguh dengan DEEN ini.. bukan kerana orang, bukan kerana hukum, tapi kerana fitrah aku yang mahukan ini… cinta aku, cinta kita pada ALLAH.
aku masih dalam process memahami… dan memperkuat diri.. membuang jahiliyah-jahiliyah yang masih degil duduk dalam hati ni.. membuang bias…
ape-apepun.. doalah masing-masing diberi kekuatan…
Ape-apepun, ingatlah our ultimate goal. Benda yang kita semua amat-amat inginkan!
dan yang pasti aku nak kena belajar banyak benda.. menulis dengan baik salah satunya.. untuk menyampaikan dengan baik… sebab evident dari paragraph yang aku dah tulis ni, tak jelas sangat apa yang aku nak sampaikan… aku amat risau orang salah faham..
hidup kita bukan hanya diri kita seorang saja…
Ya ALLAH, guide us all throughout this life! jangan biarkan kami memilih nasib kami sendiri, walau sesaat, walau sekedip mata, walau period masa yang lebih cepat dari itu! ..
—
Okay, cukuplah rehat dari essay! kepala dah tak bendenyut sangat. Semangat menaip dah ada.. heh.
Berusahalah semua!!!