Assalamualaikum readers.
I will be on my flight back in less than 48 hours. InsyaAllah. Pray to Allah so that I will have a safe journey.Since I’m going to travel alone, I have to be more careful.
Things are still not done yet. I need boxes.
Rabbi syrahli sadri, wa yasirli amri.. (Rabbi, lapangkan dadaku dan permudahkan urusanku)
Results are out. Sedang bermujahadah utk merasai keindahan tawakkal. Doa lah masing-masing diberi kekuatan-Nya. Semuanya ujian. Cemerlang itu ujian. Begitu juga sebaliknya. MUJAHADAH.
Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari perasaan sedih dan gelisah.
—-
Random thoughts..
buat muhasabah diri…
Untuk mengumpul kekuatan..
buat hari-hari mendatang..
yang tak pasti bagaimana ‘wajah’nya…
Ayat yang berlegar-legar di minda dua tiga hari ni (sebelum result keluar, so takde kena mengena dengan result) -> “La tamsyi fil ardhi maraha…” (31:18) yang bermaksud, “Janganlah kamu berjalan di bumi dengan angkuh…
Humility, humbleness. It’s important. And sometimes you just don’t realize it. Egoism. We have to erase all that away.
La tamsyi fil ardhi maraha… follow this precious tazkirah. InsyaAllah, semua urusan dipermudah-Nya. Penyakit-penyakit hati yang datang.. kadang-kadang sampai kita tak sedar yang hati kita sedang sakit… banyakkan muhasabah, dan istighfar.. La tamsyi fil ardhi maraha…
siapalah kita… siapalah kita..
even saidina Umar radhiyAllahu anhu amat takut digolongkan sebagai golongan munafik.. beliau dah dijanjikan syurga.. tapi betapa hebatnya peribadi sahabat Rasulullah ini.. dia amat takut digolong munafik, sibuk bertanya ke Hudzhaifah Al-Yaman samada dirinya ada ciri2 munafik.. bila Hudzaifah kata takde.. Umar masih takut dan keep on bertaubat dan muhasabah.. betapa dia humble.. ada satu ketika seseorang memujinya… dia cepat-cepat berkata “You’re destroying me and yourself” ..
tu sahabat tuh… orang yang amalnya tak terbanding dengan kita ni..
tapi kita ni… masih boleh relax2 dan rasa selesa dengan amal kita yang seceput cuma.. seceput tu satu hal.. terima tak terima lagi satu hal! bila kita baca ayat-ayat al-quran, kurang sangat mentadabbur.. bila ayat cakap pasal golongan munafik, rasa macam takde kaitan dengan diri…
astarghfirullah..
la hawla quwatta illa billah… kene sentiasa ingat ini.. tiada daya, tiada upaya kecuali semuanya milik Allah..
kadang-kadang kita rasa.. tu sahabat.. die mmg mantap.. aku ni, mmg takleh la nak capai gitu.. amal stakat ni jelah yang aku mampu..
siapalah kita utk determine apa yg kita tak mampu dan mampu.. Allah yang beri kita kemampuan dan limitation. Apa gunanya Allah sarankan kita buat itu ini kalau Dia tahu kita tak mampu? Dia cipta kita.. He knows best. Bab rasa tak mampu ni satu..
yang lagi kronik kalau rasa mampu sendiri..
merasakan bahawa diri hebat.. superior than others. Memperlekeh orang-orang kerana rasa mereka tak tahu apa.. merasakan amal kita lebih baik dari amal orang lain… dan asik carik keburukan orang-orang dan sentiasa anggap apa yg kita sangka adalah yg paling benar…
astargfirullah.. aku lah itu.. aku lah itu yang begitu…
kita perlu berhati-hati.. berhati-hati dalam kehidupan ini…
sungguh syaitan tu sentiasa cuba mencari lubang-lubang dan ruang-ruang utk menyesatkan kita.. dan selalunya kita tak perasan…
kita minta perlindungan Allah .. dan minta pertolongan Allah…
Seperti Muaz bin Jabal (correct me if I’m wrong) kata, taqwa tu, seperti berjalan di jalan yang penuh berduri. Macam mana kita akan melangkah di situ? mestilah kita amat berhati-hati…
begitulah kita dalam kehidupan ni… perlu berhati-hati…
kita sentiasa berdoa dalam solat “Ihdina as-sirot al-mustaqim” .. tunjuki kami jalan yang lurus…
yes, insyaAllah Allah dah tunjukkan kita jalan yang lurus ini dengan Al-Quran (dan jika kita benar-benar beramal dengannya).. tapi jalan ini bukannya jalan yang kosong dari cubaan.. duri-duri penuh…
hati-hati diri ku.. hati-hati sahabatku…
Again, la hawla quwatta illa billah..
kita ingin membuang segala jahiliyah..
kita ingin padamkan segala rasa riya, takabur, ego..
kita ingin hapuskan rasa sedih, gelisah dan kesempitan dada…
la hawla quwatta illa billah…
hanya Dia yang dapat beri kita kekuatan untuk overcome all that…
jadi minta padaNya!
Banyak kali dalam quran Allah sebut.. hidayah tu, hanya Allah yg tentukan siapa yang dapat..
hikmah pun sama.. Allah bagi kat siapa yang Dia kehendaki..
Aku tertipu dulu dan aku sedar sekarang. Walau sebanyak mana ilmu yang aku kaut.. walau banyak mana talk dan course yang aku hadiri.. kalau Allah taknak bagi hikmah (wisdom) tu.. takkan dapat…
Jadi minta pada-Nya..
“Ud’uni astajib lakum…”
dan sentiasa perbaharui niat..
untuk apa semua ini?
keikhlasan tu.. masing-masing pun tahu macammana susah nak dapat..
kita beramal.. mujahadah.. dan segala urusan dikembalikan pada-Nya…
“kabura maqtan indAllahi an takulu mala taf’alun” 61:3
Ya Allah, sempurnakan cahaya-Mu buat kami…
—-
Sahabatku
Semoga diberi kekuatan dan keteguhan hati
untuk istiqamah
dan redha
dengan apa yang sedang terjadi
atau bakal terjadi…
Inna lillah, wa inna ilahi rajiun